Wednesday 24 April 2013

KATA HUBUNG


Kata hubung ialah perkataan yang digunakan untuk menggabungkan:
  • perkataan dengan perkataan;
  • rangkai kata dengan rangkai kata; dan
  • ayat dengan ayat.
Kata hubung terbahagi kepada tiga iaitu:
  1. Kata hubung gabungan
  2. Kata hubung pancangan
  3. Kata hubung pasangan.

KATA HUBUNG GABUNGAN
Menggabungkan klausa-klausa yang sama tarafnya. Contoh kata ialah dan, atau, serta, tetapi, malahan, sambil, tetapi, sementara, sebaliknya, seterusnya.
Contoh ayat:
  • Pemanah itu melepaskan anak panah, tetapi tidak mengena sasaran kerana busurnya patah.
  • Belum tentu... sama ada pergi rumah kawan atau balik kampung,’’ katanya.
  • Dia mengelak, lantas menikam.

KATA HUBUNG PANCANGAN:
KATA HUBUNG PANCANGAN RELATIF
Kata hubung ini menghubungkan klausa utama dengan klausa klausa pancangan (kecil). Hubungan ini menggunakan kata hubung yang.
Contoh ayat:
  • Pelajar yang berjaya itu diberi hadiah.
  • Budak yang sedang membaca itu adik perempuan saya.
  • Buku yang dikarang oleh Ahmad itu buku sejarah.
KATA HUBUNG PANCANGAN KOMPLEMEN
Kata hubung ini menghubungkan satu klausa sebagai komplemen pada satu klausa utama. (Komplemen bermaksud pelengkap). Jadi, klausa klausa pancangan komplemen itu melengkapkan klausa utama. Kata hubung yang berperanan begitu ialah bahawa dan untuk.
Contoh ayat:
  • Guru tahun enam itu menyatakan bahawa semua muridnya mendapat enam A.
  • Mereka mengetahui bahawa Haji Ahmad adalah ahli perniagaan besar.
  • Kerajaan membuat jambatan untuk rakyat melintas sungai.

KATA HUBUNG PANCANGAN KETERANGAN
Kata hubung pancangan keterangan menghubungkan klausa keterangan kepada klausa utama. -Kata hubung itu ialah kerana, agar, meskipun, sekiranya, semoga, supaya, kalau, andaikata, kendatipun, hingga, jika, jikalau, semasa, sementara, setelah, sewaktu, sekiranya, ketika, tatkala, walaupun,malahan, dan sesungguhnya.
Contoh ayat:
  • Berusahalah sekuat mungkin sementara badan masih sihat
  • Saya berkawan dengannya semenjak kecil.
KATA HUBUNG PASANGAN
Kata hubung ini selalunya wujud dalam berpasangan dan merupakan gabungan kata hubung pancangan dan kata hubung gabungan. Kata hubung itu ialah baik...mahupun, baik...baik, bukan sahaja... malah, entah...entah,jangan...pun, kian...kian, sama ada... ataupun, sedangkan...inikan pula, semakin...semakin, sungguhpun...tetapi,dan walaupun...namun..
Contoh ayat:
  • Kian lama kian banyak orang yang ke sana.
  • Fuad bukan sahaja nakal malah suka ponteng sekolah.
LAKONKAN DIALOG DI ATAS.









KATA SENDI NAMA



Dalam tatabahasakata sendi nama ialah satu golongan kata sendi yang memperkenalkan suatu frasa kata depan. Contohnya, dalam ayat "kucing tidur di sofa", perkataan "di" adalah suatu kata sendi nama, memperkenalkan frasa kata sendi nama "di sofa". Dalam bahasa Melayu, kata sendi nama yang paling banyak digunakan adalah "dari", "ke", "dalam", "untuk", "dengan" dan "di". Dalam kata mudah, kata sendi nama menandakan bahawa suatu hubungan di antara perkara-perkara yang disebutkan dalam suatu ayat.








Kata sendi nama pula mempunyai pelbagai tugas.
Lihat contoh-contoh di bawah
Sendi NamaTugas/contoh
diMenunjukkan tempat (di pejabat)Menunjukan perbuatan (dipukul, dicuci)
keMenunjukkan tempat atau arah tujuan (ke Indonesia)Menunjukkan waktu (dari petang hingga ke malam)
dariMenunjukkan tempat atu arah datangMenunjukkan waktu atau masa
kepadaMenunjukkan sasaran/ditujukanMenunjukkan bahagian sesuatu
Menunjukkan perubahan keadaan
daripadaMenunjukkan punca (cadangan daripada Perdana Menteri)Menunjukkan sumber atau asal sesuatu (dibuat daripada bunga)
Menunjukkan perbandingan (lebih banyak daripada)
padaMenunjukkan tempat sesuatu perbuatan (Layang-layang tersangut pada arial televisyen)Menunjukkan tempat tempat terdapatnya sesuatu (barang itu ada pada saya)
Menunjukkan keterangan waktu ((bermula pada tengah malam)
untukMenunjukkan kegunaan sesuatu (alat untuk membuka pintu)Menunjukkan sesuatu telah dikhaskan (pelamin itu untuk mempelai sahaja)
bagiMenunjukkan kegunaan sesuatu (kegunaan tuas bagi mengangkat kubah masjid)Derma bagi pelarian Afghanisatn itu dilarikan orang.
demimenunjukkan tujuanmenunjukkan urutan
Untuk menegaskan sesuatu
tentangMenunjukkan rujukan
denganMenunjukkan turut sertaMenunjukkan cara sesuatu perbuatan dilakaukan
Menunjukkan benda yang digunakan
Menunjukkan persamaan
sejak, semenjakMenjadi penanda waktu atau masa
terhadapMenunjukkan rujukan yang tentu
olehMenunjukkan pembuat dalam ayat pasifMenunjukkan sebab
akanMenunjukkan rujukan selepas kata atau frasa adjektif
hingga, sampaiMenunjukkan had masa atau peringkat
seperti, bagai, umpama, laksana, bakMenunjukkan perbandingan














KATA ADJEKTIF

LAKONKAN DIALOG DI ATAS