Tuesday, 26 March 2013

Kata Nama



KATA NAMA

Pendahuluan
Kata nama ialah sejumlah perkataan yang boleh menjadi unsur inti bagi binaan frasa nama, dan lazimnya perkataan demikian menamakan orang, tempat, benda atau konsep. Sebagai contoh, berikut ini dikemukakan beberapa binaan frasa nama yang menunjukkan kedudukan kata nama sebagai inti frasa nama dan perkataanperkataan lain sebagai penentu atau penerangnya.


 Penggolongan Kata Nama

Golongan kata nama boleh dikelompokkan berdasarkan ciri-ciri makna perkataan kepada tiga kumpulan iaitu:

  •   kata nama khas.
  •   kata nama am. 
  •   kata ganti nama.

KATA NAMA KHAS








KATA NAMA AM



Kata nama am hidup manusia

Kata nama jenis ini ialah perkataan yang merujuk manusia, iaitu bersifat hidup dan mendukung makna nama am.
Contoh kata nama daripada jenis ini adalah seperti yang berikut:
  • guru                           
  • kanak-kanak
  • bayi                            
  • nelayan

Kata nama am hidup bukan manusia

Kata nama jenis ini terdiri daripada perkataan yang merujuk benda-benda hidup jenis bukan manusia dan
mendukung makna nama am.

Contohnya:
  • gajah                                     
  • jin
  • burung                                   
  • hantu


Kata nama am tak bernyawa.
Kata nama jenis ini terdiri tumbuh – tumbuhan, tempat dan sebagainya daripada perkataan yang merujuk makna nama am.

Contohhnya: 
  • sekolah,hospital,lembaga,majlis,pertubuhan,universiti.
  • rumah,padang,jalan,bandar,negeri,bumi,cakerawala,sungai.




KATA GANTI NAMA


Kata ganti nama seperti yang telah diterangkan, ialah perkataan yang menjadi  pengganti kata nama khas dan kata nama am. Kata ganti nama boleh dibahagikan lagi kepada dua golongan kecil, iaitu kata ganti nama tunjuk dan kata ganti nama diri. Kata nama diri pula dibahagikan lagi kepada ganti nama diri orang dan kata nama diri tanya.

               

Kata ganti nama tunjuk
Kata ganti nama tunjuk ialah perkataan yang menjadi pengganti kata nama dan mendukung maksud menunjukkan benda atau perkara yang dirujuk itu.
Ada dua kata ganti nama tunjuk iaitu ini untuk menunjuk pada yang dekat dan itu menunjuk pada yang jauh.

Kata ganti nama diri
Kata ganti nama diri terbahagi pula kepada dua golongan, iaitu:

(i)Kata ganti nama diri tanya
Kata ganti nama jenis ini ialah perkataan yang merujuk benda atau orang dalam bentuk tanya. Ada tiga kata ganti nama diri tanya iaitu:
  • apa-yang merujuk benda atau perkara
  • siapa-yang merujuk orang
  • mana-yang merujuk benda atau orang





(ii) Kata ganti nama diri orang
Kata ganti nama jenis ini mengandungi perkataan yang merujuk diri orang tertentu, iaitu diri orang pertama, diri orang kedua dan diri orang ketiga, seperti yang ditunjukkan di bawah ini:
a) kata ganti nama diri orang pertama: saya, aku, beta, patik, kami, dan kita
b) kata ganti nama diri orang kedua: anda, engkau, awak, dan kamu
c) kata ganti nama diri orang ketiga: ia, dia, mereka, dan –nya
Kata ganti nama orang ketiga –nya boleh juga berfungsi sebagai penekan dan pembenda.

Sekian.