KATA NAMA
Pendahuluan
Kata nama
ialah
sejumlah
perkataan
yang boleh
menjadi
unsur
inti
bagi
binaan
frasa
nama,
dan
lazimnya
perkataan
demikian
menamakan
orang, tempat,
benda
atau
konsep.
Sebagai
contoh,
berikut
ini
dikemukakan
beberapa
binaan
frasa
nama
yang menunjukkan
kedudukan
kata nama
sebagai
inti
frasa
nama
dan
perkataan
–perkataan
lain sebagai
penentu
atau
penerangnya.
Penggolongan
Kata Nama
Golongan kata
nama
boleh
dikelompokkan
berdasarkan
ciri-ciri
makna
perkataan
kepada
tiga
kumpulan
iaitu:
- kata nama khas.
- kata nama am.
- kata ganti nama.
KATA NAMA KHAS
KATA NAMA AM
Kata nama am hidup manusia
Kata nama jenis ini ialah perkataan yang merujuk
manusia, iaitu bersifat hidup dan mendukung makna nama am.
Contoh kata nama daripada jenis ini adalah seperti
yang berikut:
- guru
- kanak-kanak
- bayi
- nelayan
Kata nama am hidup bukan
manusia
Kata nama jenis ini
terdiri daripada perkataan yang merujuk benda-benda hidup jenis bukan manusia
dan
mendukung makna nama
am.
Contohnya:
- gajah
- jin
- burung
- hantu
Kata nama jenis ini terdiri tumbuh – tumbuhan, tempat
dan sebagainya daripada perkataan yang merujuk makna nama am.
Contohhnya:
- sekolah,hospital,lembaga,majlis,pertubuhan,universiti.
- rumah,padang,jalan,bandar,negeri,bumi,cakerawala,sungai.
KATA GANTI NAMA
Kata
ganti nama seperti yang telah diterangkan, ialah perkataan yang menjadi pengganti kata nama khas dan kata nama am.
Kata ganti nama boleh dibahagikan lagi kepada dua golongan kecil, iaitu kata
ganti nama tunjuk dan kata ganti nama diri. Kata nama diri pula dibahagikan
lagi kepada ganti nama diri orang dan kata nama diri tanya.
Kata ganti nama tunjuk
Kata ganti nama tunjuk ialah perkataan yang menjadi
pengganti kata nama dan mendukung maksud menunjukkan benda atau perkara yang
dirujuk itu.
Ada dua kata ganti nama tunjuk iaitu ini untuk menunjuk pada
yang dekat dan itu menunjuk pada yang jauh.
Kata
ganti nama diri
Kata
ganti nama diri terbahagi pula kepada dua golongan, iaitu:
(i)Kata
ganti nama diri tanya
Kata
ganti nama jenis ini ialah perkataan yang merujuk benda atau orang dalam bentuk
tanya. Ada tiga kata ganti nama diri tanya iaitu:
- apa-yang merujuk benda atau perkara
- siapa-yang merujuk orang
- mana-yang merujuk benda atau orang
(ii) Kata ganti nama diri orang
Kata ganti nama jenis ini mengandungi
perkataan yang merujuk diri orang tertentu, iaitu diri orang pertama, diri
orang kedua dan diri orang ketiga, seperti yang ditunjukkan di bawah ini:
a) kata ganti nama diri orang pertama:
saya, aku, beta, patik, kami, dan kita
b) kata ganti nama diri orang kedua:
anda, engkau, awak, dan kamu
c) kata ganti nama diri orang ketiga: ia,
dia, mereka, dan –nya
Kata ganti nama orang ketiga –nya
boleh juga berfungsi sebagai penekan dan pembenda.
Sekian.