Monday, 22 April 2013

KESALAHAN BAHASA



OH ! BAHASAKU........


























KATA KERJA


Kata kerja dalam bahasa Melayu dapat digolongkan kepada dua kumpulan utama, iaitu kata kerja tak transitif dan kata kerja transitif. Kata kerja tak transitif dapat dibahagi kepada dua kumpulan yang lain, iaitu kata kerja tak transitif tak berpelengkap dan kata kerja tak transitif  berpelengkap. Kata kerja transitif juga terbahagi kepada dua kumpulan, iaitu kata kerja transitif aktif dan kata kerja transitif pasif. 


                                                                           
Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang tidak mengambil sebarang objek atau penyambut selepas kata kerja tersebut.  Kata kerja tak transitif terbahagi kepada dua jenis.

I) Kata kerja tak transitif tak berpelengkap ialah kata kerja yang tidak memerlukan objek atau penyambut sesudahnya.  Kata kerja jenis ini boleh berdiri sendiri sebagai predikat ayat atau sebagai unsur ini dalam frasa kerja kerana ia boleh diikuti oleh unsur keterangan yang berfungsi untuk memberi maklumat tambahan.

 
KATA KERJA
Kata kerja tak transitif tak berpelengkap . 

Contohnya :
1.  Semua orang sudah datang.
2.  Dia suka menangis.
3.  Buah mangga itu sudah masak.

Kata kerja tak transitif tak berpelengkap yang diikuti unsur keterangan. 

Contohnya:
1.  Semua orang sudah datang ke majlis itu.
2.  Budak itu menangis pada malam hari.
3.  Dia suka bergurau dengan adik kecilnya.
4.  Buah mangga itu sudah masak beberapa hari yang lalu.














II) KATA KERJA TAK TRANSITIF BERPELENGKAP.

Kata kerja tak transitif berpelengkap ialah kata kerja yang memerlukan
pelengkap yang berupaya sama ada perkataan nama, kata adjektif
atau frasa sendi nama seperti contoh-contoh yang berikut:

     i.            Kata nama sebagai pelengkap.  Contohnya :
                         1.            Dia menjadi guru bahasa Melayu.
                         2.            Saya ada wang.
                         3.            Mereka tidur berbantalkan lengan.
                         4.            Rumahnya bertiangkan batang meranti.

 ii.            Kata adjektif sebagai pelengkap.  Contohnya:  
                         1.            Buah-buahan itu menjadi buruk.
                         2.            Kesihatan Ahmad bertambah baik.
                         3.            Peserta itu tidur lena.
                         4.            Ayam itu berkokok nyaring.

iii.            Frasa sendi nama sebagai pelengkap.  Contohnya:
                         1.            Mereka bermain di padang sekolah.
                         2.            Adik berjalan-jalan di tepi pantai.
                         3.            Burung itu hinggap di dahan pokok.
                         4.            Pelajar itu melawat ke Kuala Lumpur.

SELAMAT MENCUBA........................................

  ISI TEMPAT KOSONG DENGAN KATA KERJA YANG SESUAI.



BINA EMPAT AYAT DENGAN MENGGUNAKAN KATA KERJA YANG DIBERI.





1.