Friday, 26 April 2013

KATA SERU


KATA SERU IALAH KATA YANG DIGUNAKAN UNTUK MENYATAKAN PERASAAN SESEORANG.

Kata SeruPenggunaannyaAyat Contoh
aduh
untuk menyatakan perasaan sakit dan kagum
1. Aduh, sakitnya tanganku!
2. Aduh, besarnya rumahmu!
aduhaiuntuk menyatakan perasaan sedihAduhai, malang sungguh nasibku!
ahuntuk menyatakan tidak setuju atau menolak sesuatu1. Ah, saya tetap tidak mengaku bersalah!
2. Ah, alasan itu tidak dapat kuterima!
amboi/wahuntuk menyatakan perasaan hairan atau kagum1. Amboi, mahal betul kereta itu!
2. Wah, berani betul budak itu!
cis/cihuntuk menyatakan perasaan marah dan benci1. Cis, berani dia menentangku!
2. Cih, mereka tidak kenal siapa aku !
ehuntuk menyatakan perasaan hairan atau terkejut1. Eh, kamu sudah sampai!
2. Eh, tadi dia ads di sini!
haiuntuk menegur seseorang atau menarik perhatian1. Hai, diamlah sikit!
2. Hai, sudah lama kits tidak bertemu!



wahaimenyatakan perasaan sayang atau merayuWahai adik ku sayang !
amboimenunjukkan perasaan kagumAmboi, tingginya bangunan KLCC ini !
haiHai, ke mana kamu menghilang selama ini !
nahNah, terimalah habuanmu !
aduhperasaan sakitAduh, sakitnya tanganku ini !
wahperasaan hairanWan, cantiknya merak ini !
cehCeh, usah membantah kata-kataku ini !
bedebahmarahBedebah, berani engkau berkata begitu kepadaku !
cismarah atau jijikCis, awak rupanya yang menjadi batu api !
ohterkejut hairan, gembira atau mengharapOh, itu rupanya rumah kamu !
Oh, Tuhan, ampunilah dosa-dosaku !
ehhairanEh, bila ia terjadi !
syabasgembira, puas, memuji atau ucap tahniahSyabas, awak berjaya juga akhirnya !
alahaimenghinaAlahai, itu pun awak tak boleh buat !
alamakterkejutAlamak, sudah pukul 8.00 pagi !
hahairanHa, budak itu yang menang !
Ya-AllahterkejutYa-Allah, apa akan berlaku nanti !
Masya- Allahhairan atau marahMasya-Allah, sanggup dia melakukan perbuatan biadap itu !


TANDAAN!
Semua ayat seru, tanda serunya mestilah diletakkan di hujung ayat dan bukannya selepas kata seru. Semua ayat seru ditandai dengan tanda seru (!).

KESALAHAN AYAT
1. Kesalahan menggunakan kata seru yang salah atau tidak menggambarkan perasaan yang dinyatakan. Contoh:
 (i) Wahai, gemuknya kambing peliharaan Pak Jusoh ini! (SALAH)
(ii) Wah, gemuknya kambing peliharaan Pak Jusoh ini! (BETUL)
(i) Cis, sakit sungguh jariku ini! (SALAH)
(ii) Aduh, sakit sungguh jariku ini! (BETUL)
Ayat (a)(i) dan (b)(i) salah kerana tidak menggunakan kata seru yang betul. Gunakan kata seru berdasarkan gambaran perasaan yang dinyatakan dalam ayat tersebut.
2. Kesalahan meletakkan tanda seru selepas kata seru dalam ayat. Contoh:
(i) Nah! ambillah buku ini sebagai hadiah daripadaku. (SALAH)
(ii) Nah, ambillah buku ini sebagai hadiah daripadaku! (BETUL)
 (i) Wah! bergaya benar dia hari ini. (SALAH)
(ii) Wah, bergaya benar dia hari ini! (BETUL)




No comments:

Post a Comment