Monday, 29 April 2013

PERIBAHASA


PEPATAH





BIDALAN



PERUMPAMAAN






SIMPULAN BAHASA







MUTIARA KATA






WASSALAM..............................



Sunday, 28 April 2013

KATA PERINTAH

KATA YANG DIGUNAKAN UNTUK MEMBERIKAN SUATU PERINTAH, LARANGAN, SILAAN, PERMINTAAN DAN SEBAGAINYA.

CONTOH KATA PERINTAH:

HARAP, JANGAN, JEMPUT, MINTA, SILA, TOLONG DAN USAH.


RAJAH KATA PERINTAH


CONTOH AYAT PERINTAH

1. RAKYAT JANGAN MUDAH TERPENGARUH DENGAN DAKYAH KOMUNIS.
2. USAH PERGI KE SUNGAI YANG DALAM AIRNYA.
3.SILA MENJAMU SELERA.
4.JEMPUT KE RUMAH SAYA ESOK
5.MINTA ORANG RAMAI TUNGGU SEBENTAR.
6.TOLONG ALIHKAN BUKU ITU.
7. HARAP DIA MASIH MENGINGATI SAYA.

AYAT PERINTAH YANG SALAH DIGUNAKAN.
1. TOLONG JANGAN GANGGU SAYA LAGI.

"SILA AMBIL PERHATIAN..........."

"TOLONG JANGAN MENANGIS SAYANG".......(AYAT SALAH)
"JANGAN MENANGIS SAYANG"......(AYAT BETUL)



SEKIAN TERIMA KASIH...................


PENULISAN LATAR PENTAS



PENULISAN LATAR PENTAS ATAU ' BACK DROP '

CONTOH:

MESYUARAT AGONG P.I.B.G
KALI KE-9

PERASMIAN OLEH:
DYMM RAJA DR. NAZRIN SHAH

SEBENARNYA....

MESYUARAT AGUNG PIBG
KALI KESEMBILAN

PERASMIAN:
D.Y.M.M. DR. RAJA NAZRIN SHAH

CONTOH-CONTOH LATAR PENTAS.................

LATAR PENTAS 1


LATAR PENTAS 2
LATAR PENTAS 3

SEKIAN WASSALAM........

Friday, 26 April 2013

KATA SANDANG


Penggunaan
KATA SANDANG 
kita gunakan apabila kita tidak mahu / tidak perlu  menyebut nama sebenar
objek.

KATA SANDANG Si ATAU si?

a) Memberi  gelaran khas  kepada seseorang.
contoh:
1. Watak kodi yang  saya  maksudkan  ialah Si Nenek Kebayan.

Si Nenek Kebayan
      
    
2. Orang yang  seperti  Si Bakhil  itu  sukar untuk kita ajak berunding.


b) Memberi  gelaran biasa  kepada seseorang.
contoh:
1.  Siapakah  si gadis  yang sentiasa menghantui emosiku ini?


KATA SANDANG SANG

1. Digunakan untuk merujuk kepada haiwan  sahaja.
2. Memberikan gelaran kepada haiwan tanpa menyebut jenis sebenarnya

CONTOH:
1. Penoreh itu terserempak dengan Sang Belang. 
    bukan
    Penoreh itu terserempak dengan Sang Harimau.
2. Anaknya menjadi mangsa Sang Buaya
    sepatutnya
    Anaknya menjadi mangsa Sang Bedal.
Sang Bedal




sekian......







TATACARA PENULISAN KATA BILANGAN ORDINAL

PENGIRAAN JUMLAH KATA


Dia  telah  mendapat  tempat  yang ketiga puluh ribu, lima ratus dua puluh tiga dalam Pertandingan Larian Jambatan Pulau Pinang.
Jumlah Bilangan Kata :   8 patah    Jumlah Keseluruhan Kata:   18 patah 

Dia  telah  mendapat  tempat  yang ke- 52 dalam Pertandingan Larian Jambatan Pulau Pinang.
Jumlah Bilangan Kata :   5 patah    Jumlah Keseluruhan Kata:   11 patah 
Jimat:
MASA
RUANG
TENAGA
kedua belas ribu, empat ratus enam puluh tiga

SATU  perkataan
                                                              KE- 14, 567
SATU perkataan

NOMBOR KARDINAL
KATA BILANGAN ORDINAL
PERTAMA

KEDUA

KETIGA

KEEMPAT

KELIMA

KEENAM

KETUJUH

KELAPAN

KESEMBILAN

KESEPULUH

KESEBELAS


NOMBOR KARDINAL
KATA BILANGAN ORDINAL
KEDUA BELAS
KE-12


SEKIAN..........................







KATA SERU


KATA SERU IALAH KATA YANG DIGUNAKAN UNTUK MENYATAKAN PERASAAN SESEORANG.

Kata SeruPenggunaannyaAyat Contoh
aduh
untuk menyatakan perasaan sakit dan kagum
1. Aduh, sakitnya tanganku!
2. Aduh, besarnya rumahmu!
aduhaiuntuk menyatakan perasaan sedihAduhai, malang sungguh nasibku!
ahuntuk menyatakan tidak setuju atau menolak sesuatu1. Ah, saya tetap tidak mengaku bersalah!
2. Ah, alasan itu tidak dapat kuterima!
amboi/wahuntuk menyatakan perasaan hairan atau kagum1. Amboi, mahal betul kereta itu!
2. Wah, berani betul budak itu!
cis/cihuntuk menyatakan perasaan marah dan benci1. Cis, berani dia menentangku!
2. Cih, mereka tidak kenal siapa aku !
ehuntuk menyatakan perasaan hairan atau terkejut1. Eh, kamu sudah sampai!
2. Eh, tadi dia ads di sini!
haiuntuk menegur seseorang atau menarik perhatian1. Hai, diamlah sikit!
2. Hai, sudah lama kits tidak bertemu!



wahaimenyatakan perasaan sayang atau merayuWahai adik ku sayang !
amboimenunjukkan perasaan kagumAmboi, tingginya bangunan KLCC ini !
haiHai, ke mana kamu menghilang selama ini !
nahNah, terimalah habuanmu !
aduhperasaan sakitAduh, sakitnya tanganku ini !
wahperasaan hairanWan, cantiknya merak ini !
cehCeh, usah membantah kata-kataku ini !
bedebahmarahBedebah, berani engkau berkata begitu kepadaku !
cismarah atau jijikCis, awak rupanya yang menjadi batu api !
ohterkejut hairan, gembira atau mengharapOh, itu rupanya rumah kamu !
Oh, Tuhan, ampunilah dosa-dosaku !
ehhairanEh, bila ia terjadi !
syabasgembira, puas, memuji atau ucap tahniahSyabas, awak berjaya juga akhirnya !
alahaimenghinaAlahai, itu pun awak tak boleh buat !
alamakterkejutAlamak, sudah pukul 8.00 pagi !
hahairanHa, budak itu yang menang !
Ya-AllahterkejutYa-Allah, apa akan berlaku nanti !
Masya- Allahhairan atau marahMasya-Allah, sanggup dia melakukan perbuatan biadap itu !


TANDAAN!
Semua ayat seru, tanda serunya mestilah diletakkan di hujung ayat dan bukannya selepas kata seru. Semua ayat seru ditandai dengan tanda seru (!).

KESALAHAN AYAT
1. Kesalahan menggunakan kata seru yang salah atau tidak menggambarkan perasaan yang dinyatakan. Contoh:
 (i) Wahai, gemuknya kambing peliharaan Pak Jusoh ini! (SALAH)
(ii) Wah, gemuknya kambing peliharaan Pak Jusoh ini! (BETUL)
(i) Cis, sakit sungguh jariku ini! (SALAH)
(ii) Aduh, sakit sungguh jariku ini! (BETUL)
Ayat (a)(i) dan (b)(i) salah kerana tidak menggunakan kata seru yang betul. Gunakan kata seru berdasarkan gambaran perasaan yang dinyatakan dalam ayat tersebut.
2. Kesalahan meletakkan tanda seru selepas kata seru dalam ayat. Contoh:
(i) Nah! ambillah buku ini sebagai hadiah daripadaku. (SALAH)
(ii) Nah, ambillah buku ini sebagai hadiah daripadaku! (BETUL)
 (i) Wah! bergaya benar dia hari ini. (SALAH)
(ii) Wah, bergaya benar dia hari ini! (BETUL)




Thursday, 25 April 2013

LARAS BAHASA


Laras bahasa ialah sejenis kelainan bahasa yang digunakan berdasarkan oleh sesuatu bidang yang diceburi oleh seseorang. Laras bahasa boleh diertikan sebagai gaya atau cara menggunakan sesuatu bahasa dalam sesuatu situasi. Laras akan sentiasa berubah-ubah berdasarkan fungsi dan keadaan. Di samping itu, setiap laras menitikberatkan pilihan kata atau istilah dan menggunakan struktur ayat yang berlainan mengikut disiplin atau bidang tertentu.

Jenis-Jenis  Bahasa
  1. Laras Bahasa Matematik- menggunakan unsur-unsur matematik seperti, 'poligon', 'algebra' dan sebagainya.
  2. Laras Bahasa Sains
  3. Laras Bahasa Sukan
  4. Laras Bahasa Agama
  5. Laras Bahasa Sastera
  6. Laras Bahasa Seni
  7. Laras Bahasa Iklan

CONTOH

LARAS BAHASA SASTERA







LARAS BAHASA SUKAN




LARAS BAHASA AGAMA





LARAS BAHASA IKLAN






LARAS BAHASA MATEMATIK